Monday, January 31, 2011

penantian 'P' terakhir - menuju sebuah komitmen

dari sebulan tinggal seminggu. dari seminggu tinggal beberapa hari lagi. hari demi hari berlalu tanpa saya sedari saya menghampiri penamat kehidupan lama dan bakal memulakan sebuah kehidupan baru.

apabila saya mengumumkan tarikh perkahwinan saya, ramai sahabat yang terkejut

sahabat dekat tertanya:
"tak ada angin, tak ada ribut sedar-sedar dah nak kahwin, bila tunang?"

orang awam berberbicara:
"baru 24, muda lagi. girl prend tempat blajaq kot."

yang tak faham berkata:
"habih belajaq teruh nak nikah. gatai sungguh. kerja pun tak lagi. hang nak bagi makan anak orang macam mana?"

para ikhwah berdoa:
"barakallahu lakum wa barak alaik. semoga baitul muslim memacukan lagi kerja dakwah"

reaksi berbeza dari pemikiran yang berbeza.

jawapan saya pula bergantung kepada kefahaman orang yang bertanya. tapi jawapan hakiki hanyalah satu:

"Apabila seorang hamba telah menikah, berarti dia telah menyempurnakan separuh agamanya. Maka hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada separuh yang lain.” (HR.Baihaqi)

lama sudah saya mendengar hadith ini. sejak pertama kali mendengarnya terus memasang hajat untuk berkahwin.

kenapa? tidak sama pahala solat orang bujang dengan orang yang sudah berkahwin. tidak sama pahala puasa si teruna berbanding si suami. pahala beribadah orang yang sudah berkahwin Allah lipat gandakan beberapa kali.

"dan diantara tanda-tanda yang membuktikan kekuasanNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu perasaan kasih sayang dan belas kasihan. sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Ar-Rum 30:21)

dalam kehidupan dunia sekarang amatlah sukar bagi seseorang untuk menjaga pandangan dan batas pergaulannya. dan disebabkan itu hati menjadi tidak tenang dan sentiasa bergelora. maka pernikahan adalah jalan keluar yang Allah berikan kepada hamba-hamba untuk memperolehi 'sakinah' - ketenangan.

realiti masyarakat sekarang, 'couple' adalah jalan menuju penyelesaian. 'couple' dibenarkan untuk menuju pernikahan. namun ramai yang masih menangguh-nangguhkan perkahwinan. alasan semata-mata tidak bersedia, tak cukup duit, tunggu stabil dulu dan banyak lagi. sedar tidak sedar kita memanjangkan usia kita dalam maksiat dan fitnah zaman muda yang penuh noda.

masyarakat Barat pula menganggap perkahwinan bukanlah langkah penyelesaian, malah menganngap punca kepada masalah-masalah dalam kehidupan; dah kahwin tiada kebebasan, dah kahwin banyak tanggungan dan komitmen. kena tunggu stabil dulu; ada rumah, kereta, kestabilan kerja dan duit simpanan yang banyak. kena kenal dulu pasangan betul-betul sebelum membuat keputusan, supaya nanti tak menyesal. malah sampai ke tahap terlebih mengenali pasangannya, hidup sebumbung bertahun-tahun dan akhir sekali merasakan tidak sehaluan lalu membuat keputusan untuk berpisah dan mencari pasangan baru. kitaran ini berterusan.

malang sekali gambaran ini yang ditonjolkan kepada kita di kaca televisyen, majalah hiburan dan gossip-gossip artis. dan gambaran ini sudah lama meracuni pemikiran belia-belia kita.

saya secara peribadi cemburu dan juga kagum melihat rakan-rakan terdekat yang sudah lama berkahwin, seawal usia 21 tahun. awalnya dia melengkapkan separuh agamanya. awal-awal lagi dia sudah menutup jalan maksiat dan membuat syaitan menangis.

tidak
ingin berbicara perihal perkahwinan tetapi....

soalnya bukan kestabilan atau tidak bersedia. tetapi kesanggupan untuk memberi komitmen.
saya pun sebenarnya merasakan masih tidak bersedia, masih banyak lagi cacat cela, banyak lagi ilmu yang perlu dituntut malah duit simpanan pun dah hampir habis. huhu

tetapi itu semua bukanlah isunya. yang pastinya saya ingin menjadi lebih matang, ingin memimpin, ingin bertanggungjawab dan ingin melengkapkan separuh agama. kesanggupan untuk memberi komitmen haruslah datang terlebih dahulu nescaya ia pendorong untuk menyelesaikan masalah.

orang-orang dulu; nenek-moyang kita sejak awal lagi dididik dengan kematangan dan berani memikul tanggungjawab, maka tak hairanlah seandainya ada moyang kita yang sudah berkahwin pada usia 14 tahun.

terbalik pula dengan belia zaman sekarang; zaman belajar tak perlu tanggungan, fokus belajar dulu. maka hasilnya belia yang terbuang masanya dan tidak dibangunkan sahsiahnya. nak buat macam mana, sejak kecil dididik untuk tidak diberikan tanggungjawab dan tidak berani untuk mengambil tanggungjawab.

kita lihat pemimpin-pemimpin negara meletakkan komitmen mereka dihadapan. dalam kesibukan sehari-hari mereka tetap mampu melaksanakan tugas satu demi satu.

kita lihat orang-orang yang menganggur, tidak ada kerja, beberapa banyak tugasan yang mampu dibuat dalam sehari? malah 'pakguard' yang kerjanya hanya menjaga pos itu pun akan membuat kenyataan, 'kerja saya sibuk dan meletihkan, tak ada masa untuk membuat kerja lain'.

kita lihat pula mahasiswa yang kerjanya belajar saja berbanding mahasiswa yang menjadi kepimpinan, pengerusi persatuan malah MPP. siapa yang lebih cemerlang akademiknya? kalau berbeza pun sedikit sangat. mungkin si pelajar biasa PNGK 3.7 dan yang si pemimpin pula PNGK 3.5 . siapa yang ada masa dan siapa yang tiada? siapa yang lebih stabil dari segi masa dan pemikiran.
semuanya hanyalah kerana meletakkan komitmen di hadapan.

"berilah komitmen dan selesaikan masalah, bukan selesaikan masalah dulu baru boleh beri komitmen." itulah pesanan cikgu saya sejak dibangku sekolah lagi. baru sekarang saya memahmi hakikat kenyataan itu. terima kasih cikgu.

*****

detik-detik berlalu menuju kehidupan baru. sedar tidak sedar tinggal dua hari lagi. sejak tamat belajar saya diuji dengan pelbagai tugasan yang tidak pernah saya pikul. Alhamdulillah saya diberi kekuatan untuk mengharunginya. dalam masa dua bulan saya merantau yang jauh perjalanannya cukup untuk tukar minyak hitam kereta dua kali.

JB ke PJ ke bagan datoh ke penang ke perlis. turun penang semula dan kemudian ke KL dalam masa seminggu.

dari KL ke JB naik semula KL dan turun JB. meeting sana sini kemudian dari JB terus ke penang.

di penang turun sekejap bagan datoh, balik penang dan pusing sana-sini sampai ke AS (alor setar bukan amerika syarikat).

kemudian turun semula ke kajang dan seterusnya JB semula. selesai beberapa perkara balik semula penang.

kalau ikutkan hati ingin turun ke melaka untuk menghadiri konvensyen. tetapi banyak tanggungjawab yang perlu diselesaikan di sini.

dua hari lagi ke bagan datoh. kemudian balik penang, pusing-pusing AS dan turun semula JB.

setelah menilai balik diri, saya pun tidak sedar yang saya mampu berbuat demikian. tetapi kekuatan itu semua datang dariNya atas kesungguhan untuk memberikan komitmen.

demi menuntut sebuah 'P' - Pengabdian lillah hi Taala

komitmen yang hakiki adalah kepada akidah

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar." (At-taubah 9:111)

Friday, January 14, 2011

jemputan walimatul urus - yazid & lin

Assalamualaikum,

sukacitanya saya menjemput sahabat-sahabat ke majlis perkahwinan saya. perinciannya seperti di bawah:

semoga kehadiran dan doa anda menambahkan lagi keberkahan dan kemeriahan

jazakallah khair kathira


**(kad sebenar belum siap lagi)