Monday, March 8, 2010

sekadar elektif 001

hari ini hari pertama saya kembali belajar di wad setelah sekian lama. saya membuat keputusan untuk mengambil general medicine di Hospital Seberang Jaya. Tujuan:
  1. dekat dengan rumah
  2. mudah untuk rawatan lanjutan terutamanya fisioterapi
  3. general medicine adalah asas
  4. nak pendedahan struktur kerja HO di hospital daerah
  5. suasana baru
selalunya hari baru, tempat baru semangat pun baru. entah kenapa tadi tidak sebegitu. risau, keliru dan masih terasa helpless. siang tadi tak mampu nak buat apa-apa. nak clerk pesakit, otak pun dah wasted rasanya. ramai staf tidak perasan keadaan saya, mungkin sibuk dengan tugasan. sehinggakan ada houseman minta tolong pasangkan branula pada pesakit. saya hanya menunjukkan tangan dan berkata 'fractured olecranon'

apa yang terkejut tadi, saya bersua dengan senior saya di university dulu. kali pertama berkenalan ketika bermain pingpong semasa saya tahun ketiga. nak mengharapkan bantuan, dia pun baru hari ketiga bertugas, masih nak berjinak-jinak dengan tugasan. katanya ada dua orang lagi pelajar Monash, masing-masing di wad perbidanan dan ortopedik. sekurang-kurangnya nanti seandainya berhajat bertugas disini ada orang untuk tunjuk ajar.

first impression di sini:
  1. menarik
  2. tidak sibuk dan kelam-kabut sangat
  3. peluang belajar tetap banyak
  4. ruang untuk amal hakiki mungkin lebih luas
apapun kesimpulan cerita rasanya tidak boleh tulis sekarang. rasanya setelah selesai posting simpulannya lebih persis dan padu. yang pastinya; pendedahan di tempat baru adalah tarbiyah yang amat berharga.

sekian

2 comments:

Fitri Ezwan said...

Salam

seringkali air yang jernih adalah air yang mengalir.

sepertinya sungai nil, gah meneroka tanah tandus di sekitarnya membawa seribu satu penghidupan yang menyegarkan.

wallahu'alam.

p/s: jgn dok lama sangat kat sana.

Eznayu said...

salam... just nak tanya.. apa senior awak beritahu tentang houseman di situ ye? ok X?